our class @ kosmo

4 03 2010

erm.. semasa menghantar anak buah ujung abah.. ucu plak call… soh baca kosmo.. hihi..

Premis tiga dalam satu
Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my
Selain berfungsi sebagai restoran, New Generation turut menawarkan perkhidmatan mencuci kereta dan kelas mengaji al-Quran kepada mereka yang berminat
.

haaa.. nih laa dia.. isi kandungan kosmo yg ucu bg tau tu.. i know ler ucu but that time saya xde.. hihihi.. ade emergency.. masuk lewat skit..

Selain berfungsi sebagai restoran dan pusat cuci kereta, New Generation juga menyediakan kelas bimbingan fardu ain dan membaca al-Quran untuk kanak-kanak yang berusia enam tahun ke atas di bawah satu bumbung.

Dikenali sebagai Pusat Bimbingan Itqan & Le Monarz Islamic Centre, hingga kini terdapat lebih 30 pelajar yang dihantar oleh ibu bapa masing-masing untuk mendalami ilmu-ilmu asas agama Islam.

erm.. tapi ade beberapa tambahan fakta skit..

“Kami juga ada membuka kelas tuisyen bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik untuk pelajar sekolah rendah serta kelas intensif Bahasa Arab untuk mereka yang berminat.


utk bm, b.i n math tuh still dlm perancangan.. belum on lagi.. hadui…

also comment from student :

Salah seorang pelajar, Lisa Dayana Ramli berkata, sudah hampir dua tahun dia mengikuti kelas yang dianjurkan di New Generation dan mengakui seronok dapat belajar bersama rakan-rakan seusia.

“Saya mula belajar mengaji di New Generation pada usia enam tahun. Ustazah yang mengajar sangat baik dan saya gembira dapat mengenali ramai rakan baru,” kata pelajar tahun dua Sekolah Kebangsaan Sungai Cincin, Gombak itu.

berita penuh di sini

Advertisements